My School !
Photobucket
Introduction
Owner and CO Owner
My School
Tagboard
Credits
SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA | Thursday 21 July 2011

SMK Seksyen 10 Kota Damansara telah ditubuhkan pada tahun 2001. Walau bagaimanapun, disebabkan pembinaan tertangguh sekolah sebenar yang dibuka secara rasmi pada tahun 2002. Kumpulan pertama pelajar terpaksa berkongsi sekolah yang sama dengan SK Seksyen 6 Kota Damansara. Pada ketika itu, pengetua yang pertama ialah En. ghumiat B. Kamdi. Beliau telah menerima kemasukan pelajar seramai 200 orang yang tinggal di kawasan sekitar Kota Damansara.





MOTTO SEKOLAH : 

Hidup Beradab


VISI SEKOLAH :

Melahirkan Insan Beradab


MISI SEKOLAH :

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara akan sentiasa berusaha untuk memberi perhatian yang penuh untuk memastikan program kurikulum dan kokurikulum yang cemerlang,pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan ,pembentukan sahsiah warga sekolah yang kondusif dan selamat serta hubungan yang erat dengan komuniti dengan menggunakan kemudahan - kemudahan yang mencukupi dan prasarana yang lengkap .


MATLAMAT SEKOLAH :

Mencapai kecemerlangan sahsiah melalui :
Persekitaran yang kondusif
  1. Amalan bersopan-santun
  2. Pemupukan disiplin kendiri
Mencapai kecemerlangan kurikulum melalui :
  1. Pengajaran yang berkesan
  2. Kemahiran belajar yang berkesan
  3. Kemahiran mencari maklumat
Mencapai kecemerlangan kokurikulum melalui :
  1. Penglibatan semua murid
  2. Sekolah berwatak
  3. Penyertaan ke peringkat yang optimum
  4. Pembangunan potensi secara menyeluruh

IKRAR PELAJAR :

Bahawasanya sesungguhnya kami pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara dengan penuh keinsafan, berikra dan berjanji akan ;

  • Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh
  • Mencintai ilmu dan pelajaran dengan sepenuh hati
  • Berakhlak mulia dan berdisiplin pada setiap waktu
  • Sentiasa mejaga kebersihan diri dan keindahan sekolah
  • Menjaga nama baik dan mengharumkan nama sekolah
  • Menghormati dan patuh kepada guru-guru serta kasih dan taat kepada ibu bapa
  • Menjalin hubungan yang baik,mesra dan harmoni dengan rakan-rakan
Maka dengan ini kami berikrar dengan segala daya dan usaha kami untuk mencapai cita-cita murni kami , sekolah dan negara.





LAGU SEKOLAH :

HIDUP BERADAB 

Ilmu penyuluh hari muka
Akan ku tuntut sepenuh jiwa
Selagi hayat di perlu dunia
Akan ku timba akan ku teroka
Nama sekolah ku sanjungi
Restu pendidik mengiringi
Insan cemerlang ku idami
Sahsiah unggul penghias diri
Janji ku pada diri
Janji ku pada semua
Menjadi insan berbakti
Hidup beradap di mana jua


Lagu : AZMEER
Lirik : GHUMIAT BIN KAMDI






Hari Kokurikulum 2011 |

Baru baru ini , sekolah kami telah mengadakan Hari Kokurikulum sebagai penamat bagi kesemua aktiviti kokurikulum yang dijalankan sebelum ini . Bersesuaian dengan tarikh 16 Julai 2011 , Hari Kokurikulum telah pun diadakan di sekolah kami . Pelbagai aktiviti dan juga pameran yang menarik turut dijalankan sekali . Tidak ketinggalan juga , pertandingan kawad kaki juga turut dipertandingkan dan dimenangi oleh Kadet Polis sekolah . YAYY ! : )

Suasana pada hari tersebut sangatlah menyeronokkan dan memenatkan kerana pelbagai gerai gerai daripada kelab kelab lain juga ada menyediakan dan menjual pelbagai juadah makanan mereka .
Oleh kerana saya , dan juga rakan rakan tauladan yang lain menjadi AJK bagi kelab PRS dan juga Kelab Komputer sekolah , so kami telah pun diarahkan untuk menjaga gerai kami .

2 in  1 eaa , jaga gerai kelab PRS dan juga gerai Kelab Komputer . apa apa pun sangat seronok kerana kami memberikan sumbangan suara untuk menjerit jerit dan berteriak teriak bagi menarik perhatian pelanggan , ! 


  • '' Kasi Beliiiii niiii!! paksa paksa jugakk ! belii beliii ! ARGHH ! ''


Kelab PRS turut tidak ketinggalan juga yaa untuk menjual juadah makanan yang disediakan antaranya seperti sausage , nugget , squidball , mini cakes dan yang paling terenak dan terseddaaaaap sekali ahh Popia Nestum Syira HAHAHAA 

OHH LUPA PULAK dahh haiii - ahaha - Kelab Komputer juga tidak terlepas peluang untuk menjalankan bisnes mereka yang disokong oleh Cikgu Azim and the geng Cikgu Azman , yang dua duanya comel comel cikguuu ahahahhaaha   !

Kelab Komputer menyediakan service mereka yaa , dan menggunakan kepakaran mereka dalam menyediakan dan membuat ICE BLENDED yang tersedaapp sekali . wuuww ! hahaaha ditambah pula dengan jualan dadih chocolate dan strawberry uuuu ~~ 



gerai RM 1 (PRS)

Gerai PRS

Gerai Kelab Komputer










KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2011 |

Pada 6 Julai 2011 yang lalu , sekolah kami telah mengadakan Hari Kejohanan Sekolah di Stadium Kelana Jaya . Sebanyak 16 buah bas diperlukan untuk dijadikan pengangkutan kami ke sana. Pelbagai acara acara sukan dipertandingkan disana seperti 4 x 400 meter , 4 x 100 meter , 100 meter , lompat jauh , lontar peluru , acara tarik tali , dan sebagainya .

Tidak ketinggalan juga , acara jemputan juga turut dipertandingkan dimana sekolah sekolah lain iaitu dari SMK Seksyen 4 , SMK Tropicana , dan juga SMK Subang Bestari juga turut menyertai acara ini .

Tetapi apakan daya , sekolah kami tidak berjaya memenangi tempat dalam acara tersebut .
Seterusnya acara tarik tali yang diadakan beberapa hari sebelum hari kejohanan sukan sekolah pula diadakan di padang sekolah dan dimenangi oleh pasukan daripada Rumah Perdana . WUU BRAVOOBRAVOO !

*cerita diringkaskan -

Kesimpulannya , daripada keseluruhan markah yang diperoleh daripada rumah sukan masing masing , Rumah WIRA telah memenangi tempat pertama dalam kejohanan sukan sekolah 2011 YAYYYYYYY WUWWW !! ... oke oke ~~

dan di ikuti pula dengan rumah WAJA . Tempat ketiga dimenangi oleh rumah PERDANA dan terakhir sekali rumah SATRIA . *jangan bersedih , cuba lagi di masa akan datang : ) 

1. WIRA
2. WAJA
3. PERDANA
4. SATRIA







Ahli rumah Waja yang turut memberikan sokongan 

Ahli rumah Wira juga turut tidak ketinggalan

Perbarisan daripada rumah Satria

Para atlet 

Ahli rumah Perdana





HARI GURU 2011 |

Hari Guru pada tahun 2011 telah diadakan pada 27 Mei 2011 iaitu pada hari Jumaat. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya sukaneka antara guru dan pelajar, persembahan dari kumpulan Harmonys iaitu kumpulan nasyid sekolah dan persembahan dari pelajar Smk Sek 10 Kota Damansara. Seperti tahun yang sebelumnya, semestinya ada anugerah untuk guru yang paling popular. dan pada tahun 2011, sekali lagi En Azlan Mubin telah dinobatkan sebagai guru paling popular. Cabutan bertuah antara guru guru juga diadakan.


Pn Noriza, Pn Zabedah dan Pn Ruth Cheah 


Barisan guru-guru Smk Sek 10 Kota Damansara


Barisan guru-guru Smk Sek 10 Kota Damansara 

Persembahan dari Aidy dan Syuhada

Persembahan dari Alia

Persembahan dari kumpulan Harmonys 


Bersama Pn Zabedah 


Bersama Pn Azwani dan Pn Suria 


Bersama Cik Roslina dan Puan Rohaslinda 


Guru paling popular 2011, En Azlan Mubin 



Syira & Aimi- Bloggers



THE COLOURFUL OF SMK SEK 10 KOTA DAMANSARA |






Smk Sek 10 Kota Damansara dipenuhi dengan pelajar yang pelbagai kaum yang bertatasusila dan berdisplin seiring dengan motto sekolah kami iaitu "Hidup Beradab" . Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru guru yang tidak pernah mengenal erti penat untuk mendidik kami sehingga berjaya ke menara gading. Tanpa guru tiadalah insan yang berjaya di dunia ini :')