Thursday 21 July 2011

SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA

SMK Seksyen 10 Kota Damansara telah ditubuhkan pada tahun 2001. Walau bagaimanapun, disebabkan pembinaan tertangguh sekolah sebenar yang dibuka secara rasmi pada tahun 2002. Kumpulan pertama pelajar terpaksa berkongsi sekolah yang sama dengan SK Seksyen 6 Kota Damansara. Pada ketika itu, pengetua yang pertama ialah En. ghumiat B. Kamdi. Beliau telah menerima kemasukan pelajar seramai 200 orang yang tinggal di kawasan sekitar Kota Damansara.





MOTTO SEKOLAH : 

Hidup Beradab


VISI SEKOLAH :

Melahirkan Insan Beradab


MISI SEKOLAH :

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara akan sentiasa berusaha untuk memberi perhatian yang penuh untuk memastikan program kurikulum dan kokurikulum yang cemerlang,pengurusan sekolah yang cekap dan berkesan ,pembentukan sahsiah warga sekolah yang kondusif dan selamat serta hubungan yang erat dengan komuniti dengan menggunakan kemudahan - kemudahan yang mencukupi dan prasarana yang lengkap .


MATLAMAT SEKOLAH :

Mencapai kecemerlangan sahsiah melalui :
Persekitaran yang kondusif
  1. Amalan bersopan-santun
  2. Pemupukan disiplin kendiri
Mencapai kecemerlangan kurikulum melalui :
  1. Pengajaran yang berkesan
  2. Kemahiran belajar yang berkesan
  3. Kemahiran mencari maklumat
Mencapai kecemerlangan kokurikulum melalui :
  1. Penglibatan semua murid
  2. Sekolah berwatak
  3. Penyertaan ke peringkat yang optimum
  4. Pembangunan potensi secara menyeluruh

IKRAR PELAJAR :

Bahawasanya sesungguhnya kami pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara dengan penuh keinsafan, berikra dan berjanji akan ;

  • Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh
  • Mencintai ilmu dan pelajaran dengan sepenuh hati
  • Berakhlak mulia dan berdisiplin pada setiap waktu
  • Sentiasa mejaga kebersihan diri dan keindahan sekolah
  • Menjaga nama baik dan mengharumkan nama sekolah
  • Menghormati dan patuh kepada guru-guru serta kasih dan taat kepada ibu bapa
  • Menjalin hubungan yang baik,mesra dan harmoni dengan rakan-rakan
Maka dengan ini kami berikrar dengan segala daya dan usaha kami untuk mencapai cita-cita murni kami , sekolah dan negara.





LAGU SEKOLAH :

HIDUP BERADAB 

Ilmu penyuluh hari muka
Akan ku tuntut sepenuh jiwa
Selagi hayat di perlu dunia
Akan ku timba akan ku teroka
Nama sekolah ku sanjungi
Restu pendidik mengiringi
Insan cemerlang ku idami
Sahsiah unggul penghias diri
Janji ku pada diri
Janji ku pada semua
Menjadi insan berbakti
Hidup beradap di mana jua


Lagu : AZMEER
Lirik : GHUMIAT BIN KAMDI



No comments:

Post a Comment